9 Mac 2013
Seminggu naik sekolah, Qistina terpaksa ponteng pulak. tapi ponteng dengan surat la ye..bukan main ponteng je...nak buat camne, aku kan suka skodeng promo Airasia..mrasa la sukati booking tak pikir anak sekolah ke tidak. ni last dah kot. lepas ni klu nak buking kena tengok jadual sekolah anak. kena cari time ada cuti pulak..
Trip kali ni bukan kami satu family je.. parents in law aku pun join coz mereka teringin sangat nak gi KK melawat anak sedara kat sana. dah alang2 ada promo murah, kita bawak la mereka. bagi seronok org tua, kan. mula2 ingat org tua je yg nak pegi, last2 minit ada yg naik join sekali. oklah takde hal janji tiket korang bayar sendiri :)
anak sedara bawak kamera besar godang. bagus bagus boleh bergambar dengan jayanya...hehehe
ada yang rajin nak amik gambar, jadi sila lah kita berposing...
airport KK yang dah serupa airport Bandung tapi canggih sikit la...hehe
First day sampai KK terus sepupu husband bawak ke Pasar Filipina. damage pun berlaku dengan jayanya di hari pertama lagi. pegi dengan orang yang dah biasa kat situ, harga pun murah takde la mencekik sgt. Dekat nak maghrib baru balik rumah sepupu kat Telipot. dalam 1/2 jam dari airport KK.
Hari kedua, kami decide nak ke pulau. rugi if sampai sabah tak gi pulau2 yang cantik. Klu nak ikut mmg ada banyak pulau. tapi kami pilih satu pulau je. Pulau Manukan. Entry fee satu pulau RM23 tak silap utk sorang. itu tak termasuk cukai masuk pulau.
yang bestnya pulau manukan ni sebab ada kedai makan. so tak payah risau boleh beli je kat situ. kemudahan awam mcm tandas dan surau pun ada. bersih lagi....so mmg memuaskan la. aku ni walau tak mandi laut tetap gi mandi kat toilet sebab melekit satu badan..hahahah
nak balik harus fresh2 kan...hahahha
air kat situ mmg crystal clear. Subhanallah....nampak jelas ikan2 berenang. geram sgt rasa.
tapi takde rezeki aku nak main dengan ikan sebab bendera jepun masa atas katebang *frust menonggeng*
kat pulau manukan ni kita boleh stay kat resort dia. mmg cantik. tapi aku rasa harga pun confirm mahal. so marilah kita bergambar sahaja kat depan rumah resort ni..mihmihmih
klu ada rezeki datang KK, insya allah mesti pegi pulau lagi. sebab pulau sapi dan pulau mamutik tak sempat nak explore....
subhanallah....cantik sgt. rindu nak pegi lagi =)
lepas asar sampai kat jeti jessellton. apa2hal kena bergambar kenangan dulu. area sini klu malam2 mmg happening sebab ada kafe2 utk lepak.
kat KL takde, jadi marilah kita bergambar...heheh
hari ketiga, baru kami gerak ke kundasang. bertolak jam 6.30 pagi tak silap. mmg kena bertolak awal pagi coz target nak tengok puncak kinabalu. kiranya kena sampai sana dalam kol 9 lebih kurang supaya sempat nak tengok puncak sebelum ditutup awan =)
sepanjang perjalanan pemandangan mmg sangat cantik, cuma tak dan nak snap2 je sebab dalam keta kan..takkan kami nak suruh sepupu berhenti pulak..segan ;P
alhamdulillah cuaca mmg sangat cantik & dalam keta dah excited bila nampak puncak kinabalu. selama ni tengok kat gambar je. bila depan mata masya allah besar nyeeee. baru tengok kinabalu dah excited. klu tengok mount fiji ke, everest ke, mau pengsan...hahahah
sepupu tau memasing excited bila tengok puncak kinabalu, so dia berhenti kat kinabalu bamboo view. mmg tempat orang2 bergambar kot..mmg nampak jelas la..cantik sgt view kat situ. susah nak ckp sebab besar sgt kinabalu tu dari view sini =)
dah puas bergambar, bergerak pulak ke tempat lain...masa ni dah nampak jauh dah..bye bye mount kinabalu. nak sampai sini tah bila lagi. sebab nak naik kundasang mmg sgt hazab okey..loya rasanya. mcm ikut jalan tapah nak ke cameron tu....adeeb muntah habis..huhu
then, kami ke tagal fish spa. giler banyak ikan. adik ipar yg kaki pancing mmg excited la tengok ikan kelah tu..tapi sorry ye tak boleh pancing. bermanja2 dengan ikan saje =)
serius aku just berdiri kat gigi air je..sebab geli ooiii..banyak giler ikan tu kerumun kaki koooo
view kat sini pun cantik. cuma signboard nak ke sini mmg keliru sikit. klu tak perasan signboard mmg takkan tau ada tempat cantik gini.
then gerak pulak ke poring hot spring. kolam air panas kat area kinabalu park.
bergambar buat kenangan. gambar2 kat poring mmg takde sebab memasing dah lemau nak pegang kamera. pakat berendam dalam kolam air panas jelah. aku? takat rendam kaki jelah boleh...bendera jepun la kata, kan....
last stop sebelum balik semula ke kundasang, sepupu bawak ke kinabalu park. konon2 nak tengok view gunung kinabalu dari situ. tapi nan hadooo senah...mmg dah tak nampak sebab awan dah tutup. syukur sgt sebab kita dah puas bergambar kat checkpoint awal pagi tadi. ada jugak kenangan =)
last day sblm check in, sempat singgah lagi ke pasar filipina. last kopek shopping mana2 yang tertinggal. utk diri sendiri mmg takde sebab aku bukan penggemar pearl. jadi kita beli kan utk family & ofismate tanda kenangan =)
sampai KL dalam kol 7 malam, husband amik keta kat tune hotel & parents in law pulak balik dengan akak ipar yang amik kat airport. sampai rumah dalam kol 10 malam sebab gi dinner dulu kat area salak tinggi.
overall kota kinabalu trip mmg enjoy sgt & worth utk dilawati. walaupun banyak lagi tempat menarik yang kami x pegi, apa yg kami pegi tu dah cukup memadai kot...kira puas hati la sebab target nak tengok kinabalu & pulau dah tercapai =)
Fuhhhhhhhhhhhhhhhh *berabuk sehhhhh*
Timbul jua akhirnya tuan punya blog. ingatkan tamo timbul dah dalam dunia maya ni. rupa2nya tahun 2013 ni langsung aku tak up entry. ni la jadinya bila malas dah merasuk. nampaknye penyakit M ni mmg bahaya sampaikan dah bulan Mac 2013 baru aku sedar yg kenangan anak sulung darjah 1 tak update dlm blog. not good not good sebab klu simpan dlm memory kepala bukan boleh percaya sgt. manjang hilang ingatan.
so sementara memory aku belum padam, baiklah kita up entry kembali ke sekolah. semua org tau yg persekolahan start awal Jan aritu. aku pun antara salah sorang parents yg sibuk cari persiapan sekolah anak. Baru anak satu, tapi bajet nak prepare perghhh boleh tahan. itu pun aku dah potong sana sini mana2 yg rasa tak perlu. tapi itu pun tercekik. alhamdulillah la ada bantuan persekolahan RM100 dengan bantuan pendidikan tempat keje aku. boleh la buat top up apa yang patut =)
First day sekolah, Qistina request nak pakai pinafore. Ok kita layankan jelah keinginan dia tu. oh btw, aku amik cuti sehari je. 2nd day tu pandai2 la dia berdikari. bukan nak bersikap kejam dgn anak sendiri tapi aku rasa sekolah pun tak galakkan mak ayah menebeng kat kelas anak memasing sampai seminggu. rimas okeyyy!
Dia adalah excited nak bersekolah. Dengan pakai beg warna oren yang agak lusuh sebab beg dia time PASTI dulu. oh beg mmg aku tak beli sebab beg masa dia sekolah PASTI elok lagi & ada lagi satu beg yang sekolah PASTI bagi utk bebudak aritu konvo. so adalah membazir klu beli beg. *cheapskate padahal*
Rata2 aku tengok bebudak pakai warna pink. sana sini situ semua pink..pink karerrrrr.. nasib baik qistina tak meroyan nak beg kaler pink jugak..dia rileks je bila aku kata pakai jelah beg yg ada. hihihi
very the excited nak sekolah. tahun ni sessi petang. oh yg baju merah tu tak boleh bawak. boleh huru hara klu pi sekolah jugak. so sila duduk diam2 umah pengasuh.
masa ni kasut putih berseri2. esok2 ko tengok la, confirm tukar jadi belacan
time ni murid2 tengah dengar taklimat guru rasanya. kat dalam dewan.
ni time rehat, nasib baik ada senior yang tolong dia beli makanan. so kira oklah dah pass nak beli makanan semua. awal2 dulu aku bagi RM3. la ni aku kurangkan RM1 so pandai2 la dia nak belanja dengan duit yg ada tu. so takde la dia nak beli yg bukan2 mcm jajan ke apa. lagipun air dah bawak dari rumah. menu dia skrg ni bila aku tanya, nasi lemak, nasi ayam, bubur nasi..itu jelah rotate nya...tak kisahlah Qistina janji time rehat tu makan. oh tapi pernah dia tak makan sebab duit habis gi beli buku kat bookshop. takut sgt cikgu nak buku tu. padahal kelas cikgu tu takde pun lagi....sabo jelah aku mendengarnya. so bila dah kena warning harap2 dia insaf la...
Buat masa ni, Qistina belum sekolah agama lagi. Insya allah next year, baru dia sekolah agama. biarlah lompat satu kelas pun janji ilmu tu dia dpt. Skrg ni pun aku ajar dia mengaji. Dapat baca sehelai lepas solat magrib jadilah...
Alhamdulillah dah naik Al-Quran masa awal2 darjah 1 tu. lega la bila dia boleh baca lancar ayat al-Quran. walau x laju tapi kira oklah tu. Nak dibandingkan aku dulu, darjah 3 kot baru naik Quran...huhu
Labels: LittLe GirL
;;
Subscribe to:
Catatan (Atom)




























