"Cerita Tentang Perjalanan Kehidupan Seorang Wanita Yang bergelar Isteri dan Ibu..
juga Cerita Tentang Insan-insan Yang Rapat dalam Hidupnya...

Ceritera Semalam adalah Kenangan Terindah
yang sukar untuk dilupakan..."

29 November 2012

Adeeb ~ 1 year 8 mths

Lama tak update citer anak bujang bertuah ni...sejak2 dah jadi baby tua ni mood mak dia pun kelaut jugak lah. lagipun letih la. balik keje banyak hal nak kena urus. bukak komputer rajin tapi rajin blogwalking rumah org la =P

Adeeb ni nak kata senang urus pun boleh, susah urus pun boleh. time angin kuskus dia datang, berangin gak aku. bukan takat aku, bapak dia pun sama. jarang sgt dah sekarang ni gi jenjalan kat shopping mall sebab tak sanggup. dia klu jenis duduk diam kat stroller takpe. ni jenis tak reti diam & cepat bosan. so, dari aku stress kat mall lebih baik la tak payah pegi. kurang2 jimat gak duit dari beli yg bukan2..hehehe

makan pun ikut sukati. klu rasa nak makan, dia makan la banyak. klu tanak tu, tak payah la paksa. mmg tak akan dia makan. siap jerit NANAK!!! part makan confirm sumbat lauk je...klu sumbat ayam mmg laju la..tapi nasi kurang. sejak2 ada masalah kulit mmg kena control la makan dia sikit. seafood mmg tak boleh bagi langsung. telur pun ikut nasib jugak. kadang ada masa ok, datang time x ok, merasa la hadap muka dgn badan dia yg merah bergaru. lama giler nak baik. makan sebulan gak la...pening dpt anak kulit yg jenis mcm ni. dulu qistina mcm tu jugak. sejak2 dah besar nampak la kurang sikit tapi kerap bersin bila pagi. mcm tanda2 resdung je =(

klu bab cartoon, all time fave dia mmg ultraman la. jgn la ko sekali2 tukar channel klu ada katun atau citer ultraman. boleh mendatangkan amarah la, kan. merasa la dengar dia menjerit dah mcm petir. sakit tinger kitorang. yang aku perasan, dia jenis tak minat mainan. mmg jimat giler la kan...pegi mana2 mmg dia tak heran menan kecuali benda2 yg ada rupa bentuk ultraman. patung ultraman ada bunyi bising tu sampai dua dia ada. mula2 je sayang lepas tu jahanam/barai dia kerjakan. mujur la pasar malam punya. 

ball pun dia suka gak. mmg terbaik la dia sepak sebab cara sepak pun takmo kalah. dah mcm goalkeeper sepak bola. melambung nasib baik tak kena lampu living hall je. klu pecah, siap! 

lagi satu perangai dia, suka sgt bukak almari kasut pastu amik kasut tumit akak dia yg dah tak muat tu. then feeling sgt jalan dlm rumah sambil sarung tudung. casss divaaa sgt. kowser betul aku..dahlah anak jantan.

masih lagi menyusu badan. klu kat rumah, jgn harap la kan dia nak pandang botol susu. kuat mengempeng sampai sakit badan aku time tido malam tu. bapak dia la yg paling senang sebab malam2 tak yah bangun dah bancuh susu. lepas 2 tahun bersedia lah ye...jgn nak buat2 tido mati pulak.

eh, banyak pulak membebel. pantang kasi can.....oklah idea pun dah habis. hadap lah gambar latest Adeeb feeling2 mak jemahhh sgt.




seksi tak bibir i?? kau aderrrr?

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates